tentang rumput yang istimewa ,

pada suatu hari , di sekolah seorang murid bertanyakan sesuatu pada gurunya .
kebetulan ketika itu , cikgu tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang .

pelajar : " cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ?
macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ? "

cikgu : " okay , kamu ikut apa yang say suruh . kamu pergi ke padang , kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu . pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali . dan petik rumput yang paling cantik , bawa ke kelas . "

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai rumput pun ditangannya . cikgu bertanya ,

cikgu : " kenapa tiada rumput yang dipilih ? "

pelajar : " tadi masa saya berjalan , say carilah rumput yang paling cantik . memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik . maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi . tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpe pun yang paling cantik . mungkin ada diantara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiadalah rumput yang sya boleh petik . "

cikgu : " ya itulah jawapannya . maknanya apabila kita telah terjumpa dengan seseorang yang kita sayang , janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu . kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya . jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku . semoga yang berlaku tidak berulang lagi . dan ingatlah orang yang paling cantik dan paling baik . walaupun nak ikutkan , ada ramai lagi yang paling cantik dak baik seperti rumput tadi .

p/s : sweet je kan , hargailah yang tersayang .

No comments:

Post a Comment