Wanita anugerah

Bukan sengaja dia meminta untuk jadi begitu. Dan pada siapa lagi untuk dia labuhkan keluh kesah ceritanya - jika bukan kepada lelaki, arjuna jiwa raganya.

Wanita ini anugerah. Dikurniakan untuk mewarna. Dan jika ada lelaki yang kata 'rimas' hanya kerana sifat manjanya; hey lelaki, itulah istimewanya seorang hawa.

Dunia ini kejam. Hidup ini karma. Dan bagaimana dia seorang wanita menerima kejadian yang pernah diberi dulu, dia memerlukan lelaki untuk sama-sama mengharungi. Kerna dia adalah manusia yang tak terkecuali.

Tidak payah untuk kita mengenali wanita jika diberi hati seikhlasnya. Wanita, pada sisip timur sebenarnya jiwanya ingin selalu dipuji dan diletakkan ditempat yang tertinggi. Bukan sekali, tapi sampai mati.

Jika yang terungkapkan dari mulut wanita bahwa dia malu menerima kata ini; kau adalah wanita tercantik didunia - itu hanyalah tindak balas enteng ketimuran walhal yang disorakkan dalam naluri hati kecil yang tertinggal adalah rasa lonjak tak terperi.

Percayalah. Wanita mana tak mahu dipuji, dipegang, dikasih dan dicinta seadanya.

Terkadang aku kasihan melihat wanita yang keseorangan. Menyelusuri hidup yang sungguh macam-macam. Bila ditanya;

"Hey kau tak bosan ke hidup sendiri tanpa teman?"

"Ah! Aku ingin bebas!"

Wanita, sekeras-keras hatinya ada sedikit ruang halus yang sering meronta-ronta bicara; aku sepi dan kosong.

Adakala merasakan kudrat itu terlalu kuat untuk dia melalui hari-harinya dan adakalanya merasakan; aduh, alangkah indahnya menjadi adam & hawa.

Begitulah. Dan dengan sifat-sifat ini membuatkan terjawabnya satu persoalan yang selama ini menjadi tanda soal;

Kenapa islam itu begitu indah menyelamatkan wanita yang terbiar? Diberikan 4 tempat untuk seorang lelaki? Bila aku duduk dan berikir, alangkah ajaibnya agama kita.

Terkadang aku sayu dan terkesan, betapa sudinya dia dimadukan hanya untuk membahagiakan lelaki. Atau juga berkorban hanya untuk tunjukkan, sungguh hormatnya dia kepada seorang lelaki.

Untuk lelaki, seutas rambut seorang isteri yang gugur simpan lah untuk kau tunjukkan rasa penghargaan berpasangan sampai tua. Beritahu yang sejujurnya pada dia; ini bukan cerita dongeng.

Jika satu ketika nanti dia tanya tentang mengapa? Ribuan rambut yang gugur ini aku simpan untuk katakan;

"kau ada harga dalam hati aku yang paling mahal. Seikhlasnya!"

Hasil nukilan Bicara Sama Awan :)

http://bicarasamaawan.blogspot.com

- http://

No comments:

Post a Comment