We as human

Assalamualaikum / Salam sejahtera .

Aikambek . Hehe . Lama dah rasanya tak menaip untuk belog ni . Tengok atas sana , haa bawah tu jugak and kemudian belah kanan dan kiri korang tu . Ish dah bersawang belog kesayangan aku ni . Dah berbulan jugak rasanya tinggalkan korang semua . Langsong takde khabar berita kan ? Sunyi sepi , aku senyap . Followers belog ni pon senyap .

Okay hari ni sekadar nak berkongsi hal-hal duniawi yang kita lalui tiap-tiap hari kita .

Apa pandangan korang tentang bezanya manusia di atas muka bumi ni ?

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain . Rasanya masing-masing dah biasa dengan peribahasa ni . Betol tak ? Semuanya ternyata sama , takde satu pon beza antara manusia dari segi fizikal mereka . Bentuk mata , bulatnya hidung mereka , lengkungan di telinga mereka , baik buruk tutur bibir mereka . Teap sama malah cuma dibezakan dari niat hati masing-masing . Asal mereka tetap satu . Seorang manusia dan satu sifat yang dijadikan sempurna oleh Allah s.w.t .

Ada yang dikurniakan kecantikkan dan kekacakkan paras rupa tapi itu bukan juga ukurannya . Diberi kemewahan di atas muka bumi berbanding dengan yang papa kedana , tapi bukan juga tandingannya . Yang pasti , manusia tetap mempunyai apa-2 . Mereka tetap miskin dari segi ilmu duniawi dan akhirat . Apa bezanya ?

Tapi bukan maksud aku untuk membandingkan manusia cuma terkilan dengan manusia yang sangat tergila-gilakan dunia artis .

Ohh saya sukakan dia . Dia boifren saya - Kononnya .

Takde beza mereka dengan kita ni kan ?

Kolot ke aku kalau taktau pasal dunia artis ni ? Baru nak up rupanya aku kalau taktau pasal sorang artis tu . Kenapa aku rasa kelakar sangat pandangan budak-2 kat aku . Kalau ikotkan siapa lah diorang tu . Oh maybe bagi diorang , kenal lagu mesti kena kenal artis . Tak kenal maka tak sah lah .

Conclusion is , diorang tak penting atas dunia ni . Sekadar hiburan , tak perlu nak diagungkan .

Atas pandangan aku , cukup lah setakat nak dengar and hiburkan hati . Tak semenggah perangai kalau nak banggakan diorang . Jangan tanya kenapa aku marah sangat kalau isu-2 artis ni . Sememangnya diorang tersangatlah tak penting bagi aku .

# Sorry korang semua , entry kali ni membuahkan hasil yang menyakitkan hati . Tapi sesama kita lah fikirkan kepentingan diorang dalam kehidupan kita seharian .


No comments:

Post a Comment