30 perkara perempuan belum sempat bagitau lelaki

  • Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
  • Wanita sukar untuk cerita benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang . - 
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair :)
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau bagaimana hendak menerima pujian .
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut . Jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu  bila dia dah buat keputusan yang dia akan lakukan apa saja .
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah denga menegurnya perlahan-lahan .
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Music , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka - sebab tu wall facebook perempuan penuh berbanding lelaki .
  • Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ni langsung tidak berguna .
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood perempuan .
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat . Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .
  • Sekuntum senyuman membri seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sembarangan .
  • Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya .
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya contohnya 'Tanya diri sendiri !'
  • Selepas sorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ni lebih awal .
  • Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta .
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah sipa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri . - ni macam pelik kan ?
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya .
  • Satu ucapan 'Hi / Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya .
  • Cuma teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semat-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
  • Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati
  • Senjata wanita adalah airmata !
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia takkan ragu-ragu terhadapmu .
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . 
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .


No comments:

Post a Comment