negative to positive

Belajar dari pengalaman . Jadikan yang sudah berlaku atau kejadian masa lampau sebagai pengajaran .


Ya :) Itu yang aku maksudkan perubahan daripada negatif kepada positif .


Tak semua orang sedar akan perubahan diri masing-masing . Jadi jangan cepat melenting dengan teguran orang lain . Terima dan seterusnya carik lah masa yang sesuai untuk korang sendiri fikirkan kelemahan korang tu . 


Merajuk ? Ni lah salah satunya . Aku sudah pun dapatkan penawarnya , bukan dari farmasi , klinik ataupun hospital . Ini dikira inisiatif mudah dengan cara ---->


"Untuk mengubati sikap merajuk , kita perlu lah menanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan . Sifat berTuhan ialah merasakan yang tuhan itu Maha Berkuasa . Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak . Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah atau merajuk , kita bukan sahaja marah dan merajuk dengan orang yang menyakiti hati kita itu , tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir tuhan ke atas diri kita . Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita , maka ia tidak akan berlaku . Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku .

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa . Siapalah kita untuk menolak takdir Tuhan ? Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan kepada kita . Kalau orang tidak muliakan kita , memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan .

Sebagai hamba , kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa . Justeru itu , layak sangatlah kalau hati kita disakiti . Moga-moga dengan kita bersabar , Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita . Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain . Lantaran itu , kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak terguris ."

Maka aku curik peluang untuk terus bersabar . Dugaan takkan lari dari yang hidup di atas muka bumi ini .


.

No comments:

Post a Comment