Dear , Mr Frog

I Love You , Heartmate :*

Sincerly Me ,
Fafa


Dedicated for you :)



Hari ni officially aku nak buat something untuk Encik Katak tersayang . Program sahsiah diri untuk ingat balik memori aku dengan kau yang dah lama-lama tu . Tapi bukan aku lupa or tak ingat okay sayangg (!) Cuma taknak lupa sikit pon pasal kau . Sebabnya kau lah memori aku yang paling bestt tak terhingga . Kau lah yang paling manis macam gula-gula kapas , yang masam-masam macam jeruk basi , yang pahit macam buah pelam belom sempat masak tu . Semuanya kau (!)

Ohemmgii .

Kalau dia baca lah ni , agak-agak apa lah yang dia fikir . Apalah yang dia rasa . Hm how I miss that time kan . Dua setengah tahun dah , how happy I was selama ni . Betapa banyaknya cerita suka duka . Rindu rindu (!) 

K lah , jom menghayati :')

Bye .





Breaking the Holiday



Should major in the arts than the engineering *Maybe

Enam hari akan datang , semester break will officially end . Tak sabar ada , takut pun ada . Apapun kena menghadap jugak hari tu . Kalau dulu , boleh lah relax and tunggu last minute time daftar . But sem akan datang ni dah tukar rules , ada sehari je untuk kesemuanya means registeration day -.-'

So here we go , see ya .

Nota buat sang kekasih


" sometimes we waste our words and we waste our moments , and we don't take the time to say the things that are in our hearts when we have the chance . i love you forever "


I love you , Noor Hizwan

With love ,
Farah Adlin Yazid

Alhamdulillah , Amin

Segalanya terjawab kini . Syukur Alhamdulillah , tak sia-sia aku pahat sifat sabar .

Alhamdulillah Alhamdulillah syukur Alhamdulillah ;)

Cc : NH

Hari hari taktau nak kata apa

Happy Holidead yeah .

Nak tau kenapa ? Sebab memang rasanya macam nak mati . Eh before tu , ada lagi ke gerangan-gerangan yang baca blog ni . Takde rasanya and hujung post ni nanti gua bagitau ya . Firstly , si assignment ni tak pernah nak amankan dunia cuti . Yang bernasib baik tu tersangat baik pulak nasib dengan takdenya assignment kan . Kalau yang senasib dengan aku ni , wah sakit otak . Ada assignment bersyarat pulak , apa ke namanya assignment lettew . Bengkak kepala dibuatnya . Tiga minggu habis kat rumah je ni , kenapa lah kolej lampi pi bagi pinjam sana sini hostel kitorang (padahal tak duduk hostel) . Baru je ada mood belajar tapi dua minggu je pastu datang balik demam cuti . Nasib lah kalau gua malas attend class lepas ni .

Itu cerita class and kolej , tapi lantak lah . Yang nak dijadikan ceritanya adalah , dah berzaman kan aku tak hapdet blog ni . Kan kan kan ? Semestinya takde dah yang nak baca kan . Aku pun sebenarnya takde hati nak luah perasaan dalam blog ni lagi . Seumur hidup aku sebelum ni , aku tak pernah ada diary . Lately ni , aku dah buat satu buku and aku cerita dengan dia je . Private se-private private-nya jadi , kalau cerita kat sini orang tau and bila orang tau kata aku kepoh . Bila dah jadi kepoh , confirm-confirm ada lah suara asing cakap gua ni annoying nak mampus . Itu ini nak cerita kat sini kan . So untuk tu , gua mintak ampun mintak maaf even raya lambat lagi nak sampai . Habiskan puasa dulu biar penuh .

Dengan ini , nantikan last entry selamat tinggal akan datang dari gua okay . Gua nak delete accout ni . Gua jadi sedih baca older post dulu . Tak sangka bermacam jenis memory dah datang . Alhamdulillah :) Happy sedih masam muncung geram semua ada . Sebelum last entry tu , gua fikir-fikirkan lah yang terbaik untuk blog ni . Sayang sebenarnya tapi sayang lagi readers blog ni , kesian tunggu tapi bersawang . Masuk terbatuk-batuk .

Maaf ya :)

Lots of  Love  
Fafa :)

Bila rasaku ini rasaku !

Assalamualaikum ,

Okay memandangkan dah lebih kurang 3 weeks dekat kolej ni , ada lah jugak rasa seronok sikit . Sikit je lah tak banyak kan . Entah taktau kenapa , sekarang mood nak meng-hapdet pun malas sesangat .

Rasa nak update tapi tak jadi , rasa macam banyak cerita nak tulis tapi tak jugak . Amacam ? Lifeless kan jadi aku .

Study okay , kewangan okay and semua-semua okay tapi sikit trouble dengan perasaan . Kejap happy , kang tengah jalan sedih je . Eh ada jin dalam badan ke ? *Hahaha . Tak boleh nak describe macam mana lah , nak kata heartless , eh boleh je rasa sedih happy ni kan . Tapi tu lah , entah sampai ke bila agaknya .

Apapun , semua yang ada dekat dengan aku sekarang sikit pun tak menghampakan . Terima Kasih daun keladi :) Tu je kot , nak cerita lebih pun takde idea tapi benci sebab kebanyakkan class sem ni dengan junior -,-' Paling takbest

negative to positive

Belajar dari pengalaman . Jadikan yang sudah berlaku atau kejadian masa lampau sebagai pengajaran .


Ya :) Itu yang aku maksudkan perubahan daripada negatif kepada positif .


Tak semua orang sedar akan perubahan diri masing-masing . Jadi jangan cepat melenting dengan teguran orang lain . Terima dan seterusnya carik lah masa yang sesuai untuk korang sendiri fikirkan kelemahan korang tu . 


Merajuk ? Ni lah salah satunya . Aku sudah pun dapatkan penawarnya , bukan dari farmasi , klinik ataupun hospital . Ini dikira inisiatif mudah dengan cara ---->


"Untuk mengubati sikap merajuk , kita perlu lah menanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan . Sifat berTuhan ialah merasakan yang tuhan itu Maha Berkuasa . Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak . Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah atau merajuk , kita bukan sahaja marah dan merajuk dengan orang yang menyakiti hati kita itu , tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir tuhan ke atas diri kita . Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita , maka ia tidak akan berlaku . Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku .

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa . Siapalah kita untuk menolak takdir Tuhan ? Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan kepada kita . Kalau orang tidak muliakan kita , memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan .

Sebagai hamba , kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa . Justeru itu , layak sangatlah kalau hati kita disakiti . Moga-moga dengan kita bersabar , Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita . Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain . Lantaran itu , kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak terguris ."

Maka aku curik peluang untuk terus bersabar . Dugaan takkan lari dari yang hidup di atas muka bumi ini .


.

bulan ke empat belas

Kisah kita takkan pernah berubah dan kandungannya akan tetap sama sampai bila-bila atau Insya-Allah selamanya . Impian aku juga tetap sama , engkau menjadi pilihan . Doa aku cuma satu iaitu engkau adalah pemberi pinjam tulang rusuk kiri engkau yang kini lopong diguna oleh aku .


Engkau senyum . aku tertarik . Sumpah aku suka :)


Ingat sayang , aku anggap kita satu . 


- NH

.

30 perkara perempuan belum sempat bagitau lelaki

  • Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
  • Wanita sukar untuk cerita benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang . - 
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair :)
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau bagaimana hendak menerima pujian .
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut . Jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu  bila dia dah buat keputusan yang dia akan lakukan apa saja .
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah denga menegurnya perlahan-lahan .
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Music , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka - sebab tu wall facebook perempuan penuh berbanding lelaki .
  • Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ni langsung tidak berguna .
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood perempuan .
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat . Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .
  • Sekuntum senyuman membri seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sembarangan .
  • Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya .
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya contohnya 'Tanya diri sendiri !'
  • Selepas sorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ni lebih awal .
  • Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta .
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah sipa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri . - ni macam pelik kan ?
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya .
  • Satu ucapan 'Hi / Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya .
  • Cuma teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semat-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
  • Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati
  • Senjata wanita adalah airmata !
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia takkan ragu-ragu terhadapmu .
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . 
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .


you the one


Tataplah kedua mataku
Kerna ku ingin kau tahu
Bahwa memang jiwa dan ragaku
Telah ku persembahkan untuk mu
Buanglah rasa ragumu
Diriku hanyalah untuk mu
Agar jangan pernah kau ragu
Tuk jadi cahaya hidupku
Ku berjanji padamu
akan menjaga dan menyayangimu
sampai tua nanti
Percayalah padaku
ku kan selalu ada di sisi mu
sampai aku mati .






Untuk yang patah ; Kau tenang , hati kau masih basah . Pelan-pelan , kering takkan datang dalam sehari dua . - BSA








Hi . 


Entry kali takde pape yang menarik untuk dikongsi bersama . Cuma cuma cuma , nak bagitau yang Aku Dah Pon Tengok Ombak Rindu . Phewwitt :*


Seriously aku cakap cerita tu awesome gila . Caya lah boleh ada cerita macam tu . And you know what , aku takde sampai menangis layan cerita tu tapi terharu tengok Aaron Aziz menangis . Yelah bukan selalu dapat tengok . And I'm wondering , still ada ke lelaki harapan macam tu . I hope so . Mintak² ada lah lelaki macam tu . *Encik Katak boleh jadi macam tu kan ? :\ Baideweeyy thanks to Faten and Faten Farhanah sebab sudi datang dari Shah Alam semata-mata nak join tengok cerita tu . Jauh tu tapi apa pon tetap berbaloi . Cerita tu tak menghampakan , ececehh gitu sekali .


__________________________________________________________________


A few more days - Nak balik kuantan . Mood tu biasa lah , tak sabar mesti ada . Tapi macam mana lah result nanti . Harap² Alhamdulillah yang terbaik . Amin .


__________________________________________________________________


Mostly aku nak mintak maaf sebab jarang update belog ni . Bukan apa . Masa selalu tak menyebelahi aku . Setiap kali ada idea datang , setiap kali tu jugak lah aku bukan dekat depan lappy ni . Bila 24/7 menghadap , buntu yang teramat sangat . Fikiran pon sangat lah terganggu masa² cuti ni . Serabut sangat sampai stuck wayar² dalam otak aku ni . And aku terjumpa satu ayat dari friend fb aku iaitu BicaraSamaAwan .


' Jadikan aku airport dihati kau dalam landasan setiap pelabuhan kau ' - BSA 


Ayat mudah dilafaz tapi sikit² aku tersedar ada banyak maksud dalam ayat pendek ni . Alhamdulillah , penulis tu bagi aku pinjam ayat ni . So aku pon gunakan sebaik mungkin . Bukan untuk jadi peniru ataupun pencurik . Tapi aku sendiri dah mintak kebenaran dari dia and dia bagi aku share kan ayat ni . 


Apa pon , thanks korang jadi nadi untuk aku terus tulis belog ni walaupun ada banyak kekurangan . Sikit demi sedikit aku cuba perbaiki kekurangan tu . And terharu jugak bila ada yang tanya kenapa tak update . Ingatkan takde siapa peduli , rupa² nya ada . Thanks sesangat sebab sudi baca entry²   yang tak seberapa dari aku ni . 




.

tentang hati



Hi . Assalamualaikum

Maaf hati , awak terluka lagi . Saya tak sengaja

Hmm

.


Hi . Assalamualaikum .

Okay . Harini aku dapat stalker orang tu lagi . Yang paling penting , bukan setakat facebook tapi dah sampai ke belog pon . Heuheu :3

Hee . Kbyee


.

selamat vs selamat


Hi . Assalamualaikum .


Seperti yang kita semua tau . Team bola sepak kita ni ke persada antarabangsa kan ? Team harimau muda dah berjaya kalahkan garuda malam semalam . Bertarung di tahap penalti , tapi apa pun team harimau muda menang dan berjaya tanpa sebarang helah . Tahniah Harimau Muda sekaligus mengumpul pingat emas yang ke-59 untuk Malaysia .



Dan seterusnya , Selamat ulangtahun yang ke-17 kepada cousin aku yang comey lote sorang ni . Selamat menyambut , semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . Lebih-lebih lagi tengah SPM ni . Moga-moga lapang hati untuk melaksanakan tanggungjawab . Lastly , dua hari seterusnya aku pulak yang akan sambut hari lahir yang ke-19 dan dua hari kemudian lagi sorang cousin aku akan menyambut ulangtahun yang ke-18 . Kitorang cuma ada beza dua hari . Dah macam tiga serangkai :)


* Semoga dipanjangkan umur , Insya-Allah . Dan Alhamdulillah , masih diberi peluang menjenguh dunia yang sementara . Amin

.

We as human

Assalamualaikum / Salam sejahtera .

Aikambek . Hehe . Lama dah rasanya tak menaip untuk belog ni . Tengok atas sana , haa bawah tu jugak and kemudian belah kanan dan kiri korang tu . Ish dah bersawang belog kesayangan aku ni . Dah berbulan jugak rasanya tinggalkan korang semua . Langsong takde khabar berita kan ? Sunyi sepi , aku senyap . Followers belog ni pon senyap .

Okay hari ni sekadar nak berkongsi hal-hal duniawi yang kita lalui tiap-tiap hari kita .

Apa pandangan korang tentang bezanya manusia di atas muka bumi ni ?

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain . Rasanya masing-masing dah biasa dengan peribahasa ni . Betol tak ? Semuanya ternyata sama , takde satu pon beza antara manusia dari segi fizikal mereka . Bentuk mata , bulatnya hidung mereka , lengkungan di telinga mereka , baik buruk tutur bibir mereka . Teap sama malah cuma dibezakan dari niat hati masing-masing . Asal mereka tetap satu . Seorang manusia dan satu sifat yang dijadikan sempurna oleh Allah s.w.t .

Ada yang dikurniakan kecantikkan dan kekacakkan paras rupa tapi itu bukan juga ukurannya . Diberi kemewahan di atas muka bumi berbanding dengan yang papa kedana , tapi bukan juga tandingannya . Yang pasti , manusia tetap mempunyai apa-2 . Mereka tetap miskin dari segi ilmu duniawi dan akhirat . Apa bezanya ?

Tapi bukan maksud aku untuk membandingkan manusia cuma terkilan dengan manusia yang sangat tergila-gilakan dunia artis .

Ohh saya sukakan dia . Dia boifren saya - Kononnya .

Takde beza mereka dengan kita ni kan ?

Kolot ke aku kalau taktau pasal dunia artis ni ? Baru nak up rupanya aku kalau taktau pasal sorang artis tu . Kenapa aku rasa kelakar sangat pandangan budak-2 kat aku . Kalau ikotkan siapa lah diorang tu . Oh maybe bagi diorang , kenal lagu mesti kena kenal artis . Tak kenal maka tak sah lah .

Conclusion is , diorang tak penting atas dunia ni . Sekadar hiburan , tak perlu nak diagungkan .

Atas pandangan aku , cukup lah setakat nak dengar and hiburkan hati . Tak semenggah perangai kalau nak banggakan diorang . Jangan tanya kenapa aku marah sangat kalau isu-2 artis ni . Sememangnya diorang tersangatlah tak penting bagi aku .

# Sorry korang semua , entry kali ni membuahkan hasil yang menyakitkan hati . Tapi sesama kita lah fikirkan kepentingan diorang dalam kehidupan kita seharian .


HAPPY ONE YEAR ANNIVERSARY


10 October 2010 - 10 October 2011
It's been a year I belongs to you , my dear .
You're the last one , who entered my door . I love you so much :) Tiada ayat untuk explain semua kat kau sayang .

Tag

*Apa yang penting dalam hidup korang ?
- Family , Mr. Frog , kawan-2 , handphone , and semua barang yg saya guna setiap hari .

*Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri ?
- Tinted untuk phone , topup and cincin couple untuk si dia .

*Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
- Seberapa lama jangka hayat nyawa ni . Selama tu jugak saya akan sayang dia :)

*novel/majalah/buku yang terakhir korang beli ?
- Remaja , tu pon lastu two months . Haha

*Namakan orang-orang yang korang nak dalam hidup korang ?
- Semua yang ada dalam hati saya sekarang .

*Adakah korang mencuci pakaian sendiri ?
- Ya , sebabnya takde washing machine kat rumah sewa ni T_T

*Tempat-tempat yang korang nak pegi ?
- Tempat yang banyak kenangan . Tak kira dengan family , si dia and kawan-2 .

*Lagu yang korang suka and nak dengar ?
- Lagu yang ada kaitan saya dengan Encik Katak .
- Miranda cosgrove : Kissin you

Next :
- marlyana
- mira amira