i'll miss you friend .

" sometimes we waste our words and we waste our moments , and we don't take the time to say the things that are in our hearts when we have the chance . i love you forever "


tak lama lagi nak cuti semester dah . horayyy , aku tak sabar nak balek . tak sabar nak lepak , nak hangout , nak shopping *semestinya . semua-semua lah aku nak buat cuti ni . aku ada lagi lima paper je lagi . yang paling best dah separuh dari barang siap packing . nampak sangat gelojoh tak sabar nak balek tu faa .

tak best bila kena tinggalkan bilek kesayangan ni , adoi :( banyak sangat kenangan sem satu dengan bilek ni . penuh dengan tragedi , gelak ketawa , memekik , melalak . even bilek ni serba kekurangan tp tetap banyak jasa dengan kitorang . hope korang semua tak lupa

ROOM 409 - BULLET FOR MY VALENTINE - engat ni lagu tema bilek kita . sempena nombor bilek yg bertuah .

nazatul husna , ima , minhalina & aida : bekas penghuni bilek puaka kita .

nurul , kak iz & faten (stacy-bukan nama sebenar) : penghuni tetap yg selalu berpuaka . tanpa korang bilek kita tak best . korang yg selalu maki-memaki sesama sendiri *credit to kak iz & stacy .

satu hari yg kita tido dalam air , yeahh aku suka terapung pagi tu . and paling best , nurul & my dear lappy berjaya berenang and tak lemas dalam banjir tu . even pelik , tingkat empat tenggelam dengan air . tragis sungguh bilek kitorang ni .

malam-malam mesti dudok tepi tingkap sambil tiup bubble , kononnya nak bagi senior tingkat bawah happy and tak marah-marah kitorang yg selalu menyampuk bila dorang bergadoh dengan warden hostel . tengah pagi , memekik dekat tingkap , dengan harapan segala masalah selesai padahal tak pun . lagi bertambah adalah sebab senior mesti marah . *tiup bubble tu aku takkan lupa , aku yg start dulu buat perangai tu .

peritnya , bila saluran tangki air kat atas loteng tu bocor . so , bilek sentiasa banjir , air menitik-nitik . tampung pon macam takde guna sebab bocor yang melampau . barang-barang selalu basah . pakcik yg repair-repair tu tak pernah nak amek kesah even kitorang dah report pasal bende tu *hampeh pakcik tu , rasa nak tarik telinga die .

so sedih , kita cuti tak sama and tak dapat nak nyanyi lagi BFMV-ROOM 409 lagi . sebab kak iz & fatin dah cuti awal dari aku and nurul . hope jumpa korang next sem , mungkin kita tak dudok satu bilek . tp engat , kita dah kenal and jangan putuskan macam tu je .

aku sayang korang semua & sayang kenangan kita .

dear fafa ,
room 409/2010 .



2 comments: