kisah barbie

ini cerita rekaan semata-mata *tiada kena-mengena dengan yg hidup ataupun yg mati :D tp ada kaitan dengan aku


agak-agak apa eh kelebihan patung barbie ni ? nampak cantik kan tp hakikatnya cuba bayangkan diri kita ni sama macam barbie ni . baru kita tau nilai diri kita ni kan ?

selalunya yg minat barbie ni golongan budak-budak berumur bawah 7 tahun je . sebelum nak dapatkan patung ni , kebanyakkan mereka pasti menangis terlebih dahulu *usaha memujuk hati si ibu . pujuk punya pujuk , si ibu kasihan dan menunaikan permintaan si anak . si anak kemudian gembira tak terkata , girang terlompat ke sana sini , ke rumah jiran sebelah yg kebetulan umur mungkin agak sama . cerita itu ini , beritahu semua kawan bahawa ada sebuah patung barbie . bila sampai masa dah berkumpul sesama kawan , habis patung tersebut dijadikan model make-up . muka diconteng biar nampak seperti memakai make-up manakala rambut dipotong agar tampak lebih seksi dari rambut yg asal kerana terlalu panjang . hati si anak gembira , ketawa bersama kawan-kawan . keadaan yg sama diulang-ulang sampai lah satu masa , barbie tersebut kelihatan sangat buruk . bila dah buruk , tangan dan kaki mula tercabut . kemudian kepala pula yg hilang , dan abdomen abdomen lain yg berkenaan . rambut yg asalnya panjang , habis di botak kan . pada masa yg sama , si anak akan mulai benci dengan si barbie . akan diminta pula yg baru , si ibu tak membantah dan dapatkan yg baru dan barbie yg lama , sudah buruk dan tak cukup sifat itu kemudian dibuang . barbie yg dulunya cantik , akhirnya ke mulut tong sampah .

macam tu aku rasa diri aku sekarang , bila kau dah berubah . ya , memang aku membosankan . tp tak bermakna kau boleh memaki hamun aku . tak bermakna jugak kau boleh nak buat aku macam mana patung barbie tu . kau sakitkan hati aku , kau biarkan aku dan kau layan aku sama macam patung . dan sekarang bila kau dah dapat yg baru , kau biar aku tergantung . kau mulai layan aku lebih terok dari biasa . akhirnya sekarang kau buat aku macam sampah . dah tak ada keperluan , terima kasih sangat . bodohnya aku percaya kau .

" I don't deserve to fall this way , yeahh i don't ."


No comments:

Post a Comment